Saturday, July 20, 2013

Berwajah Baru..

Aku cuba untuk bergiat aktif semula dalam arena penulisan blog ini. Itu targetnya, tercapai atau tidak itu tidak pasti. Segala entry sebelum ini aku padam. Bukan kerana apa, cuma inginkan pembaharuan. Bukan bermakna yang lepas itu tidak bermakna dan sudah hilang. Ada yang masih kekal. Hehe..

2013 sudah sampai ke pertengahan jalan. Apa yang berlaku kepada aku? Erm.. sudah genap 4 tahun aku bergelar cikgu di SMK Saribas. Teman hidup? Setakat ini aku masih bujang...perancangan ada, tapi tunggu dulu.

Untuk permulaan, itu sahaja dulu. Sebagai pemanas enjin. Haha.. Sekarang bulan Ramadhan. Salam Ramadhan untuk semua dan selamat berpuasa.