Sunday, September 15, 2013

Aidilfitri 2013

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, puasa aku penuh tahun tuk. Walaupun ada insiden yang mencabar darjah kesabaran aku semasa puasa.. haha.. sakit gigi memang sakit.. tp, syukur Alhamdulillah, dah berjaya dicabut dengan selamat. Kredit kepada Klinik Pergigian Dr. Noh Sarikei.. hehe.. Next time mesti ada diskaun Dr. hehe..

Alhamdulillah, raya 2013.. semua kamek adik beradik berjaya berkumpul di kampung halaman. Kak Mah dan Bg Prince ada pulang dari Sabah, Dr. Roslan Allem ada juak bercuti walaupun sik lamak. Kak Suk dan Bg Taib sudi juak beraya ke Spaoh.. Kak Yam dan Jekju beraya di Spaoh juak.. turn beraya di Spaoh tahun tuk. Aku?? memang ada di kampung jak la.. Alhamdulillah..

Tahun 2013 menyaksikan sedikit perubahan kepada rumah kamek, terutama bahagian dapur. Semua tuk idea dari Kak Mah la. Alhamdulillah, 2 hari cun cun sebelum raya proses pengubahsuaian telah berjaya diselesaikan. Aku kongsikan sedikit gambar berikut.


Sebelum proses pengubahsuaian



Semasa proses pengubahsuaian



Selepas pengubahsuaian tetapi masih dalam proses pengemaskinian. 

Sambung gik selepas lamak berenti.. Ndak pande abis2 gik nak ditaip aku.. haha.. Eh, sik tauk apa gik nak dipadah.. dah lupak dah. so, aku belanja jak la dengan gambar2 yang ada ok.. 










Saturday, July 20, 2013

Berwajah Baru..

Aku cuba untuk bergiat aktif semula dalam arena penulisan blog ini. Itu targetnya, tercapai atau tidak itu tidak pasti. Segala entry sebelum ini aku padam. Bukan kerana apa, cuma inginkan pembaharuan. Bukan bermakna yang lepas itu tidak bermakna dan sudah hilang. Ada yang masih kekal. Hehe..

2013 sudah sampai ke pertengahan jalan. Apa yang berlaku kepada aku? Erm.. sudah genap 4 tahun aku bergelar cikgu di SMK Saribas. Teman hidup? Setakat ini aku masih bujang...perancangan ada, tapi tunggu dulu.

Untuk permulaan, itu sahaja dulu. Sebagai pemanas enjin. Haha.. Sekarang bulan Ramadhan. Salam Ramadhan untuk semua dan selamat berpuasa.